Huraian.

Huraian Mejar Cheng Guan. Bakal pembuka mata dan minda akan kelicikan  pihak lawan demi untuk mengalahkan lawan maka diambil pendekatan pelbagai cara termasuklah menipu bahkan lebih rendah lagi hina iaitu meingkar larangan Allah dengan mem fitnah.

Kita ikuti pandangan Mejar Huan melalui Facebooknya

Memang dah jadi sifat semula jadi ramai orang melayu. Sesal hanya didalam hati, nama nak mengaku salah tidak sama sekali. Itulah perasaan yg sedang melanda 25% orang melayu yang mengundi PH baru2 ini terutama anak2 muda. Mereka tidak menjangkakan mereka bakal di tipu dengan janji2 Pilihanraya.

1. Mereka yakin minyak akan jadi RM1.50/liter tetapi habuk pun tak ada.

2. Mereka yg duk di felda tidak jangka bantuan kepada peneroka yg dijanjikan termasuk hapus hutang tidak ditunaikan dan hanya dapat bonus ciput tidak seperti era DSNajib. Ibubapa mereka gugur airmata kerana anak2 mereka yg terhukum.

3. Mereka yakin Tol akan di hapuskan. tetapi mungkin naik lagi kalau tak kena gaya. 4. Mereka yg ada hutang PTPTN yakin mereka akan dilepaskan dari membayar hutang dan semuanya dapat free.

5. Mereka percaya tanpa GST barang akan turun harga walaupun dah jelas GST yang dilaksanakan lebih 3 tahun lalu tanpa naik tetapi barang tetap naik harga. sekarang makin melambong2 harganya walau tanpa GST.

6. Mereka ingat BR1M akan kekal rupanya makin turun dan ramai yg sudah tidak lagi menerimanya. masa dapat BR1M dulu mereka terima sambil kutuk DSNajib sekarang jumlah 7juta penerima hanya tinggal 2juta sahaja.. akibat tidak pandai bersyukur.

8. Nelayan dan pertani yg gah mengibar bendera PH sekarang baru sedar segala bantuan kepada mereka di kaji semula dan mungkin akan dikurangkan atau ditiadakan.

9. Kakitangan awam yg secara terbuka menentang BN sekarang baru sedar ada yg hilang kerja dan kenaikan gaji yg BN janji semuanya belum pasti dapat bahkan bakal dikurangkan.

10. Polis dan Tentera yang terang2 undi PH baru2 ini baru sedar kebajikan mereka yg dijanjikan oleh BN belum pasti mereka akan menikmatinya.

11. Mereka yakin dengan tukar Kerajaan BN ke PH melayu tetap berkuasa tetapi sekarang mereka mulai sedar dan merasakan yg jadi PM adalah TunM tetapi yang menentukan hala tujunya adalah DAP.

12. Mereka percaya tuduhan dan fitnah terhadap DSNajib tetapi selepas PH menang, TunM kata isu 1MDB dan isu derma 2.6B tiada bukti untuk didakwa maka mereka melopong tanpa rasa bersalah.

13. Kini Mereka mula sedar DAP yg untung, melayu mula terpinggir, Raja2 melayu sudah tidak dihormati, Islam makin terancam, hak melayu makin hilang tetapi mereka pura2 puashati. apa pun tanggong lah 5 tahun ini.

Ingatan telah kami berikan, penjelasan telah kami sampaikan tetapi anda tetap hendak cuba menukarnya. Sekarang anda tanggong lah sendiri.

#FB Mejar Huan Penang https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215339342508626&id=1587733405

*VIRALKAN KEPADA MELAYU2 YG TK SEDAR DIRI*

Open letter.

Isma Iffah:
SURAT TERBUKA UNTUK YB Dato Dr Mujahid

BismillahirRahmanirRahim

YB Dato,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya saya memohon sedikit masa YB Dato untuk sudi membaca lembaran saya ini.

Saya mengikuti perkembangan isu berkaitan warkah terbuka YB Dato kepada YB Nurul Izzah yang telah berlarutan khususnya di media sosial sehingga hari ini. Sekalipun warkah tersebut sarat dengan nasihat yang wajar disampaikan oleh seorang ahli politik senior kepada teman seperjuangan yang lebih junior, penggunaan laras bahasa `adinda – kekanda’ telah mengundang persepsi yang pelbagai dari masyarakat umum.

Tentu sekali YB Dato sudah dapat menduga bagaimana warkah tersebut menjadi `bola tanggung’, `peluru’ dan bahan modal yang ditunggu-tunggu oleh musuh politik untuk dimanipulasi sehabis boleh bagi memburuk-burukkan nama baik YB Dato.
Saya melihatnya sebagai `kenakalan’ YB Dato sebagai seorang ahli politik yang licik, bertujuan lebih untuk menyakat musuh-musuh politik YB Dato sendiri. Sebagaimana diduga, sepantas kilat `umpan’ tersebut diragut, habis melatah semuanya dengan reaksi sindiran, kecaman dan trolling yang membanjiri media sosial. Jelaslah betapa `predictable’ dan mudahnya masyarakat kita ini dijolok dengan isu-isu remeh dan picisan yang menandakan secara tidak langsung perihal tahap keupayaan berfikir dan menganalisa yang kita miliki.

Walau bagaimana pun, saya memandang serius respon YB Nurul Izzah sebagai penerima warkah terbuka tersebut, yang dinyatakan melalui Twitter beliau kelmarin. Beliau jelas merasakan warkah terbuka itu `inappropriate’ ( tidak wajar) dan `condescending’( merendah-rendahkan). Melalui mesej Twitter itu juga, YB Nurul Izzah menjelaskan bahawa beliau telah memaklumkan sendiri perkara ini kepada YB Dato.

Bagi saya, isu ini sudah berubah duduk perkaranya.

Sekali pun YB Dato berniat baik dan suci ketika melayangkan surat nasihat itu sebagai warkah terbuka yang boleh dibaca oleh semua mata di dunia ini, perasaan dan persepsi orang yang ditujukan warkah tersebut (YB Nurul Izzah) amat perlu dipertimbangkan dan diutamakan. Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah.

Dalam konteks ini, saya kira YB Dato terpaksa menerima hakikat bahawa cara YB Dato menyampaikan nasihat tersebut tidak dianggap wajar, malahan boleh dikatakan sebagai menghina penerima warkah berkenaan.

Dalam hubungan interpersonal seharian, silap tanggap dan perkiraan ini biasa berlaku. Mengguris hati, menyinggung dan melukakan perasaan orang yang rapat dan disayangi sering kali terjadi, walau pun tanpa disengajakan dan disedari. Dalam menangani khilaf sebegini, permohonan maaf dan keampunan adalah sesuatu yang amat perlu dan mesti disegerakan.

Begitulah jua besarnya harapan saya kepada YB Dato – agar segera memohon maaf kepada YB Nurul Izzah yang jelas terkesan dan terganggu emosinya dengan warkah terbuka YB Dato baru-baru ini. Memandangkan nasihat YB Dato kepada YB Nurul Izzah dibuat secara terbuka, saya kira amatlah wajar permohonan maaf YB Dato dibuat secara terbuka juga. Amatlah tidak wajar sekiranya permintaan maaf YB Dato dibuat secara rahsia, tersembunyi apatah lagi dengan sambil lewa.

Sekiranya YB Dato sudi meminta maaf secara terbuka kepada YB Nurul Izzah dalam isu warkah terbuka ini, saya ingin merakamkan penghargaan saya terlebih dahulu di atas beberapa perkara penting dan bermakna berikut :

1. Pengiktirafan YB Dato kepada kewibawaan dan kredibiliti YB Nurul Izzah sebagai seorang pemimpin wanita muda yang begitu berpotensi untuk memimpin negara hari ini dan masa akan datang.

2. Peluang mendidik masyarakat bagaimana perlunya sifat rahmah, hormat-menghormati dan budiman dipraktikkan dalam hubungan kita – khususnya oleh para lelaki sebagai suami, ayah, abang dan adik dalam menyantuni perasaan halus wanita sebagai pasangan dan ahli keluarga terdekat.

3. Kesediaan pemimpin kerajaan baru PH yang sentiasa terbuka untuk mendengar teguran serta pandangan rakyat jelata.

Pada hemah saya, keengganan dan kegagalan YB Dato meminta maaf secara terbuka kepada YB Nurul Izzah dalam hal ini, menjadi isyarat yang

jelas menandakan bahawa penghormatan dan pengiktirafan sewajarnya yang dijanjikan kepada wanita Malaysia masih samar dan hanya berupa retorika semata-mata.

Terima kasih atas kesudian YB Dato membaca surat yang tidak sepertinya ini.

Saya mohon ampun dan maaf atas kekasaran dan ketidakwajaran yang terdapat dalam surat ini.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua.

Prof Dr Harlina Halizah Siraj
Alam Damai
10.00pagi
30 Dis 2018

3

Tiga perkara jangan kamu lupa akannya :

1- Bila zahir ke atas kamu akan nikmat maka bertahmidlah kepada Allah (Alhamdulillah)

2- Bila lambat dari dirimu akan rezeki maka istighfarlah kepada Allah (Astaghfirullah)

3- Dan apabila ditimpa kepadamu ujian yang berat maka ucapkanlah ( La Haula Wala Quwwata Illa Billah)

📌

First

Siapa Org pertama menemukan telepon ? Jawab nya :
Alexander Graham Bell ..
Nah…kalau org pertama tulis
bismillah siapa ?
??????????

Bingung kan?

Kasihan kalau anak- anak kita tanya kepada Ibu/Bapak…

bisa jawab enggak ?

simpan catatan ini ya.
Mari kita kenali Islam !
30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
—————–
1. Orang yang pertama menulis
Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air
zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama
berkhitan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan
pakaian pada
hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil
oleh Allah
pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama
mengerjakan sa’i antara Safa &Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama
dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi
Khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama
menggunakan Kalender
Hijriyyah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama
meletakkan Jabatan khalifah
dalam Islam :
Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama
menyusukan Nabi Muhammad
SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid
dalam Islam dari kalangan lelaki :
Haris bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid
dalam Islam dari kalangan
wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis
hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah
dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi
muazzin dan
menyerukan adzan: Bilal bin
Rabah

17. Orang yang pertama
sholat dengan Rasulullah
SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat
mimbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama
menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Zubair
bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis
sejarah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman
dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama
menggagas usul fiqh :
Imam Syafi’i RH.

23. Orang yang pertama membina
penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi
raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan umum:
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama
mengadakan baitulmal : Umar bin Khattab

27. Orang yang pertama
menghafal Al-Qur’an setelah
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

28. Orang yang pertama membangun
menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar
Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk
ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

Pesan moral

Rugilah klo tidak SHARE sebab ini 1 peluang dakwah yg MUDAH